Berdasarkan dokumen-dokumen Jabatan Rekod Awam di London yang diubah status selepas peraturan kerahsiaan 30 tahunnya telah dipenuhi, Peristiwa 13 Mei bukannya suatu keganasan sponstan yang berlaku antara kaum Melayu dan kaum Cina, sebagaimana yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia lalu dipercayai secara meluas, akibat kebohongan tersebut. Subky Latiff, seorang wartawan ketika itu, menulis pada 1977:
- "Peristiwa 13 Mei tidak berlaku secara sponstan. Ia dirancang dengan pantas dan dengan sengaja. Siapakah perancang peristiwa itu tidak dapat dinyatakan dengan tepat. Walau apa pun, Peristiwa 13 Mei merupakan suatu rampasan kuasa terhadap Tunku Abdul Rahman. Kuasa Tunku sebenarnya tamat sejak waktu itu. Walaupun dia masih merupakan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, dia tidak melebihi boneka."
- "Bagi Perdana Menteri (Dr.Mahathir) untuk mengulangi cerita Peristiwa 13 Mei sebagai amaran tentang apa yang boleh berlaku jika kerajaan tidak mengambil tindakan yang wajar ibarat mengisahkan cerita hantu kepada anak-anak kita demi mengelakkan mereka daripada bersikap nakal ... Cerita itu harus tidak diulangi kerana ia menunjukkan kita sebagai belum matang daripada segi politik."
No comments:
Post a Comment