Saturday, 13 August 2011

Datuk Lee Chong Wei Tokoh Negara-Badminton



Datuk Lee Chong Wei

Mengenai Beliau

Datuk Lee Chong Wei (Cina Ringkas李宗伟Cina Tradisional李宗偉pinyin: Lǐ zōng wěi, lahir pada 21 Oktober 1982 di George Town,Pulau Pinang ialah seorang pemain badminton professional dari Malaysia yang kini menetap di Bukit Mertajam. Lee merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan.
Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan pada 21 Ogos 2008. Beliau ialah pemain badminton Malaysia ketika yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysian yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.

2008 Olimpik
Lee memulakan tahun 2008 dengan jayanya, dengan merangkul kejuaraan keempat dari Terbuka Malaysia dalam masa lima tahun. diikuti Terbuka Singapura, Terbuka Korea (perlawanan terakhir sebelum sukan Olimpik) Terbuka All England, Terbuka Switzerland,Kejohanan Badminton Asia, dan juga Piala Thomas di JakartaIndonesia, di mana Lee membawa pasukan Malaysia ke separuh akhir apabila beliau menumpaskan Lin Dan untuk memastikan Malaysia mendahului 1–0 ketika melawan jaura bertahan dari China. Namun demikian, Malaysia akhirnya kalah 2–3 kerana tumpasnya beregu pertamanya dalam perlawanan terakhir.
Di Sukan Olimpik 2008, Lee dikecualikan dari pusingan pertama, kemudian senang mengetepikan cabaran Ronald Susilo di pusingan kedua,Kęstutis Navickas di pusingan ketiga,dan Sony Dwi Kuncoro di pusingan suku akhir, sebelum bertungkus-lumus mengatasi saingan hebat Lee Hyun-il dari Korea Selatan sebelum dapat mara ke pusingan akhir.Bagaimanapun, Lee mudah dikalahkan oleh Lin Dan dengan mata 12–21, 8–21.Lee menerima ganjaran RM 300,000 pada 21 Ogos 2008, kerana menggondol pingat perak di Sukan Olimpik, di samping juga RM 3,000 sebulan sebagai pencen seumur hidup mulai Ogos 2008.Untuk pencapaian yang sama, beliau dikurniakan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada 30 Ogos 2008.
Lee mengakhiri kejohanan Super Series terakhirnya pada tahun 2008 di Terbuka Hong Kong dengan menarik diri akibat kecederaan lutut, sekaligus membuka peluang kepada Marc Zwiebler dari Jerman. Penarikan diri ini menyebabkan pihak media China mengejeknya sebagai "pemain nombor satu dunia yang terlemah", di samping juga berspekulasi bahawa terdapat tiga faktor yang menjejaskan prestasi Lee sejak Sukan Olimpik, iaitu tekanan pusingan akhir Olimpik, kegerunan akan Lin Dan kerana tewas mudah di tangan Lin, dan tekanan yang dihadapi sebagai nombor satu dunia (seperti yang digemakan oleh Misbun Sidek).
Sungguhpun keperitan bermain di peringkat antarabangsa, beliau menempah kemenangan ketujuhnya di pusingan akhir Grand Prix Bandminton Kebangsaan di Kedah pada 12 Disember 2008, sekaligus memecah sasaran enam kejuaraan berturut-turut yang ditetapkan oleh Misbun Sidek. Lee akhirnya merangkul gelaran juara di Super Series Masters Finals, itupun tanpa cabaran dari Lin Dan dan pemain handalan China yang lain gara-gara dibelenggui kecederaan dan keletihan.


No comments: